Saturday 12 May 2012

Isu Teknologi Dalam Pendidikan

Internet kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi. 

Namun begitu, penglibatan pelajar sekolah dalam penggunaan internet tidaklah membawa kebaikan seandainya tidak dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana dewasa ini penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah. Paling mengejutkan apabila satu tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan mendapati sekumpulan pelajar sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana ianya bakal merosakkan pemikiran dan akhlak pelajar.

Selain itu, pelbagai permainan atas talian juga turut menjadi kegilaan pelajar masa kini. Mungkin permainan-permainan sebegini bagus jika sekadar untuk melepaskan lelah mengulangkaji pelajaran namun bertukar menjadi masalah serius jika digunakan secara berlebihan. Seperti yang kita lihat pada hari ini, berapa ramai pelajar yang kecundang dalam pengajian akibat ketagihan permainan seumpama ini?

Memang tidak dinafikan setiap sesuatu itu ada buruk-baiknya. Namun keburukan-keburukan yang ada ini perlulah kita sama-sama  perbaiki untuk memaksimumkan kebaikan yang ada. Semoga isu ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pelbagai pihak termasuk penulis sendiri. Wallahu'alam.

5 comments:

ainah hania said...

saya bersetuju dengan pendapat anda.memang tidak dinafikan penggunaan internet oleh para pelajar tanpa pengawasan boleh memberikan kesan yang buruk.di tempat tinggal saya sendiri, dapat dilihat para pelajar yang masih bersekolah rendah seawal darjah 3 menghabiskan masa dan wang mereka semata-mata untuk bermain permainan atas talian.bagi pelajar yang kurang berkemampuan,mereka sanggup menjadi peneman kepada rakan mereka asalkan mereka dapat melihat permainan tersebut walaupun tidak bermain.natijahnya,akhlak pelajar boleh menjadi ganas kerana dari pemerhatian saya,mereka lebih gemar bermain permainan yang berunurkan peperangan.

Emarazimaa said...

memang betul..penggunaan internet oleh remaja sekolah,sekiranya tidak di pantau memang akan mendorong kepada penyalahgunaan..saya pernah membaca kes tentang seorang remaja sekolah yang kantoi dengan ayah nya kerana melayari laman web lucah..pada pendapat saya,harus ada jalan penyelesaian kepada masalah ini. contohnya, remaja sekolah di larang mengunjungi cyber kafe. di sekolah, pembelajaran komputer hanya kepada asas-asas seperti microsoft word dan powerpoint. manakala, tugasan sekolah boleh rujuk buku serta suratkhabar. manakala di rumah, ibu bapa harus bertegas dengan menghadkan waktu penggunaan internet di rumah.

Nurfarhani Mokhtar said...

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah, Malaysia sudah maju, lantaran pembangunan yg pesat membangun. pembangunan tersebut termasuklah pembangunan kemudahan internet, sehinggakan di kawasan pedalaman juga turut boleh melayari internet tanpa batasan.. namun begitu, meskipun Malaysia dikatakan mempunyai tapisan penggunaan internet iaitu melalui SKMM, yang tidaklah seperti negara-negara yang lain yang amat mudah melayari internet tanpa batasan, namun, gejala penyalahgunaan internet masih di lihat berleluasa. oleh itu, kerajaan sewajarnya memainkan peranan dengan menyekat 100 peratus laman web yang beunsur negatif agar ia tidak akan menjadi wabak penyakit hati kepada bakal penyambung generasi akan datang. malah, ibu bapa juga sepatutnya tidak membenarkan dibawah anak-anak yang dibawah umur untuk melayari internet tanpa pengawasan kerana mencegah lebih baik dari mengubati...

wallahu'alam.

Unknown said...

Assalamualaikum..sememangnya mslh ini sudah sekian lama berlarutan dan banyak pihak memandang ianya 1 prkara biasa. Namun, harus dikaji mengapa ianya menjadi semakin parah kerana seperti yang saya lihat ada sesetengah cyber cafe yg x kisah jka pelajar sekolah mengunjungi dgn berpakaian sekolah mahupun pada waktu sesi pembelajaran. Maka pihak berwajib harus meletakkan syarat mahupun mengambil tindakan ke atas pemilik cyber cafe.Apabila berada di rumah pula, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengehad mahupun memantau aktiviti anak-anak ketika melayari internet.

ONLY U N ME > said...

assalamualaikum...saya setuju dengan kata-kata anda kerana kebanyakkan kanak-kanak yang masih kecil lagi sudah pandai menggunakan internet ke arah keburukan bukan ke arah kebaikkan. Penggunaan internet banyak mengundang fitnah dan juga pergaduhan sesama insan. Pelbagai laman web yang telah wujud dapat mempengaruhi minda kanak-kanak untuk melakukan perkara yang tidak elok. Semoga perkara ini tidak akan terjadi untuk pada masa akan datang dan dapat diatasi dengan segera.