Monday 14 May 2012

10 Sudut Gambar Ciptaan Inovasi

1) Pandangan Hadapan      

2) Pandangan Hadapan Atas

3) Pandangan Atas

4) Pandangan Bawah

5) Pandangan Belakang

6) Pandangan Belakang Atas

7) Pandangan Belakang Bawah

8) Pandangan Sisi

9) Pandangan Sisi Atas

10) Pandangan Sisi Bawah

Saturday 12 May 2012

Isu Teknologi Dalam Pendidikan

Internet kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi. 

Namun begitu, penglibatan pelajar sekolah dalam penggunaan internet tidaklah membawa kebaikan seandainya tidak dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab. Hal ini kerana dewasa ini penyalahgunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah semakin membimbangkan terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah. Paling mengejutkan apabila satu tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan mendapati sekumpulan pelajar sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana ianya bakal merosakkan pemikiran dan akhlak pelajar.

Selain itu, pelbagai permainan atas talian juga turut menjadi kegilaan pelajar masa kini. Mungkin permainan-permainan sebegini bagus jika sekadar untuk melepaskan lelah mengulangkaji pelajaran namun bertukar menjadi masalah serius jika digunakan secara berlebihan. Seperti yang kita lihat pada hari ini, berapa ramai pelajar yang kecundang dalam pengajian akibat ketagihan permainan seumpama ini?

Memang tidak dinafikan setiap sesuatu itu ada buruk-baiknya. Namun keburukan-keburukan yang ada ini perlulah kita sama-sama  perbaiki untuk memaksimumkan kebaikan yang ada. Semoga isu ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pelbagai pihak termasuk penulis sendiri. Wallahu'alam.

Sunday 22 April 2012

GAMBAR-GAMBAR INOVASI


1)      Tempat Parking Kereta Paling Canggih



Info: Dipanggil sebagai Autodast, merupakan tempat parking untuk kereta-kereta Volkswagen di kilang mereka di Jerman. Mempunyai 2 menara berketinggian 48 meter dengan setiap satu mempunyai 20 tingkat. Setiap menara berkapasiti 400 tempat parking dengan sekitar 600 kereta diparking setiap hari.

Tempat ini adalah automatik sepenuhnya. Sebuah sisitem conveyor canggih dan motor serta elevator berkapasiti tinggi digunakan untuk mengangkut kereta ke ruang parking. Kini,bangunan ini juga turut menjadi ikon pelancongan baru di Jerman. Pelancong boleh melawat tempat ini menggunakan sebuah kontena kaca selama 15 minit sehingga sampai ke kemuncak menara 20 tingkat ini.




I     Info: Inovasi kreatif ini diperkenalkan oleh syarikat bakeri ternama di Los Angeles, Springkles. Cara mesin  ini berfungsi mirip seperti mengambil wang di mesin ATM. Pembeli hanya perlu memilih jenis cupcake yang diingini di sebuah skrin khas. Setelah memasukkan sejumlah wang, cupcake yang dipilih akan keluar melalui bahagian bawah mesin. Cupcake itu dijual pada harga 4 dollar sebiji (RM12 sebiji).

      Tersedia dengan 8 pilihan rasa, 2 perisa di antaranya adalah cupcake khas Beverly Hills, rasa gula kayu  manis dan coklat kelapa. Mesin dengan warna merah muda ini mampu menyimpan 600 cupcake. Ketika ini tersedia di bandaraya besar di Amerika seperti Chicago, Dallas,  Houston, New York, Paulo Alto dan Washington DC.


            3)   Kostum Daripada Kaca dan Cermin




     Info: Keseluruhan kostum termasuk baju, seluar dan topi ini dibuat keseluruhannya daripada kaca yang juga berfungsi sebagai cermin. Apabila kostum ini digayakan,ia seolah-olah sebuah persalinan lutsinar yang menakjubkan. Ia direka oleh seorang pereka di Griffith Observatory di pusat bandaraya Los Angeles.
  
  


                           4) Mesin Permainan Elegan Super Mahal





       Info: Walaupun diperkenalkan sebagai sebuah “workstation”, Emperor merupakan sebuah “mesin permainan” yang dihadirkan dalam satu pakej elegan dan mewah untuk memastikan kegiatan permainan yang jauh lebih selesa dan menyenangkan. Direkabentuk dengan gaya yang futuristik, MWE Emperor 2000 ini dilengkapi dengan kerusi mengurut dengan bahan kulit untuk memastikan keselesaan pemain, dengan tiga monitor FULL HD 24”yang dapat disesuaikan ketinggiannya bergantung pada keperluan. Dengan menggunakan kawalan layar sentuh, anda mampu memilih posisi yang paling selesa untuk menikmati mesin yang satu ini. Emperor 2000 juga dilengkapi dengan pembesar suara yang tersebar untuk menghasilkan sistem suara THX Surround secara maksima.




5) Volkswagen Aqua: Kereta Paling Canggih





       Info: Seorang pencipta China menghasilkan rekaan baru sebuah kereta yang menakjubkan, yang boleh bergerak di atas jalan tar, pasir, ais dan juga air. Kenderaan itu yang mempunyai kelajuan maksimum 92 kilometer sejam dan beroperasi seperti hoverkraf, boleh bergerak antara permukaan itu tanpa gangguan. Ia dilengkapi dengan empat kipas dan digabungkan dengan dua beg angin yang boleh menggelembung untuk membolehkannya bergerak seperti hoverkraf. Ia juga mesra alam kerana kedua-dua motornya menggunakan kuasa hydrogen tanpa mengeluarkan sebarang karbon.
    



6)      Meja Paling Canggih (Sony Fusion)





      Info: Selain berfungsi sebagai sebuah meja kopi biasa, Sony Fusion juga berfungsi sebagai sebuah komputer. Ianya merupakan sebuah meja kopi sederhana dengan garis-garis terstruktur bersih. Dibuat daripada campuran aluminium hitam dan lapisan chrome halus dan disokong oleh kaki chrome melengkung. Dengan hanya menekan satu tombol,meja akan terbelah menjadi dua, kemudia di bahagian akan muncul skrin LED dengan sebuah virtual keyboard.


     7) Jet Skuter




       Info: Ianya sangat bersesuaian dengan atmosfera kerana tidak mendatangkan  pencemaran,terbang dengan bantuan bahan api jet dan pergerakan yang pantas. Walaupun dikatakan terbang dengan bantuan bahan api, tetapi apabila melihat kepada strukturnya, ia seolah-olah terbang menggunakan daya magnet kuat. Ciptaan ini sangat penting bagi mengurangkan pencemaran dunia.


 8) Jam Tangan Canggih Watch The Future



Info: Seperti kita ketahui, kini jam tangan tidak hanya berfungsi sebagai penunjuk waktu saja, kini mulai banyak berkembang jam tangan Android yang dapat dihubungkan dengan perangkat telefon, mengetahui update posting Facebook, Twitter, pesan dan email.
Tapi konsep jam tangan Watch the Future memiliki ciri-ciri yang jauh lebih lengkap.  Layar pada jam ini mampu menampilkan maklumat cuaca terkini, keadaan pelaburan di bursa tempatan, GPS, pesan teks, status update Facebook, music track, bahkan juga pilihan monitoring kesihatan.

9) Tempat Sampah Tercanggih (Minus Trash Can)


Info: Perancang asal Turki, Cem Tutuncuoglu memiliki idea cemerlang untuk menjauhkan tikus-tikus yang sukakan bau busuk dari dapur anda. Dengan kreativitinya ia berhasil mencipta Minus Frozen Garbage Container. Dari namanya sudah mampu diteka bahawa hasil karyanya ini merupakan tempat sampah yang mampu menjaga sampah organik anda agar tetap berada di bawah suhu yang telah ditetapkan sehingga tidak mengalami pembusukan dan mengeluarkan bau busuk.

Sumber:http://monzaemon69.blogspot.com/2012/02/tempat-sampah-tercanggih-di-dunia.html


10) Papan Kekunci Laser





Info: Papan Kekunci Laser adalah peranti laser bersaiz kecil yang akan memancarkan lampu merah yang menyerupai papan kekunci pada mana-mana permukaan yang rata. Dengan peranti ini, anda dapat menggunakannya hampir serupa dengan papan kekunci yang biasa tetapi ia mengambil lebih ruang sebanyak 1/3. Ia juga disertakan dengan bunyi klik apabila anda menaip padanya dan boleh dijadikan sebagai tetikus dalam mod tetikus, jadi anda boleh menggunakan jari anda untuk mengerakkannya.

Sumber:http://www.cybernetic88.com/the-cube-laser-virtual-keyboard-papan-kekunci-laser-berbentuk-kotak.html











10 Video Utube


1) Hargai Pengorbanan Seorang Ibu




2) Sayangi Orang Tua Kita



3) Kasih Anak Kepada Ayah



4) Surat Untuk Ayah



5) Kad Terakhir Untuk Ibu



6) Kasih Sayang Ayah Dan Ibu



7) Ibuku Buta Sebelah Mata



8) Renungan ibu



9) Nilai-nilai Murni



10) Kreatif Dan Inovatif 


Friday 30 March 2012

Di sini kita bermula~



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
Alhamdulillah di hari Jumaat yang penuh keberkatan ini yang juga merupakan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-21,saya berjaya menghasilkan blog yang diharapkan semoga dapat memberi manfaat kepada semua dan juga kepada diri saya sendiri..InsyaALLAH..:-)